MUALLIM: MUKHAYYAM ARABIY LIL MUJTAMA' (KEM BAHASA ARAB UNTUK KOMUNITI)

UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah Sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus

Penyertaan dalam projek MUALLIM memberi ruang kepada pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran bahasa Arab secara praktikal dalam situasi sebenar bersama komuniti. Melalui peranan sebagai fasilitator, pelajar membina keyakinan berkomunikasi, mengasah kemahiran pedagogi, dan memahami cara menyampaikan ilmu secara kreatif dan mesra komuniti.
Selain itu, projek ini mengembangkan keupayaan pelajar dalam aspek kepimpinan, kerja berpasukan, perancangan program, dan penyelesaian masalah yang timbul semasa pelaksanaan di lapangan. Pelajar turut dilatih untuk menyusun modul pembelajaran, mencipta permainan bahasa, dan menyesuaikan bahan mengikut tahap komuniti dan kemahiran yang penting bagi pendidik masa hadapan.