SERVEITUP! – HONORING THE PAST, SERVING THE PRESENT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KEMUNING 2

1. Komitmen dan Profesionalisme

Pelajar menunjukkan tahap komitmen dan profesionalisme yang tinggi dalam mengurus pelbagai aspek operasi perkhidmatan.
Mereka menyediakan modul aktiviti, menyelaras aliran program, dan berinteraksi secara mesra dan empati dengan peserta.

2. Peningkatan Kemahiran dan Kefahaman Sosial
Interaksi langsung dengan warga emas dan NGO telah meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal pelajar.
Memberi pelajar pemahaman yang lebih mendalam tentang keperluan sosial sebenar masyarakat.

3. Pengaplikasian Ilmu Kursus OPM556
Pelajar berpeluang mengaplikasikan teori dalam situasi sebenar.
Mereka menyelesaikan masalah secara spontan, mengurus tugasan dengan cekap dan melaksanakan aktiviti yang dirancang dengan berkesan.

4. Nilai Komuniti dan Empati
Program ini bukan sahaja memperkukuh pemahaman terhadap pengurusan operasi perkhidmatan, malah memupuk nilai kemasyarakatan dan empati yang tinggi.
Selaras dengan Objektif SULAM dan SDG

5. Menyokong objektif SULAM (Service Learning Malaysia – University for Society).
Menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) melalui penglibatan sosial dan pembangunan komuniti.