PBL2243 PENGANTAR LINGUISTIK ANTROPOLOGI
Projek ini telah berjaya meningkatkan pengetahuan peserta tentang aspek budaya dan sosial masyarakat Melayu Sarawak misalnya melalui permainan tradisional masyarakat Melayu Sarawak yang kini amat jarang dimainkan seperti batu seremban dan lompat teng teng. Peserta juga didedahkan dengan aspek bahasa dialek Melayu Sarawak (DMS) melalui permainan dan soalan seperti kategori dan kelas kata DMS, pepatah, kiasan dan simpulan bahasa dalam DMS serta teka teki. Para guru di sekolah SK Mang juga bersetuju bahawa projek ini telah berjaya membangkit semangat murid-murid di sekolah ini untuk mengenali budaya dan bahasa mereka melalui penglibatan murid-murid yang dilihat sangat bersemangat semasa melakukan aktiviti permainan serta menjawab soalan.
