FUNTECH: A VENTURE INTO VITALITY
Berdasarkan analisis yang dilaksanakan, secara keseluruhannya, terdapat peningkatan yang ketara dalam pengetahuan dan kesedaran berkaitan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat selepas program Funtech: A Venture Into Vitality. Daripada rumusan pra soal selidik, majoriti responden berada pada skala 1 dan 2, menunjukkan tahap pengetahuan yang sangat rendah manakala, pasca soal selidik pula menunjukkan majoriti besar responden beralih ke skala 4 dan 5, mencerminkan peningkatan pemahaman dan keyakinan diri.
Setiap item dalam soal selidik menunjukkan peningkatan yang jelas dari aspek kefahaman dan tahap kesedaran responden selepas intervensi dijalankan. Sebagai contoh, pengetahuan tentang tekanan darah normal dan julat berat badan yang sihat menunjukkan peningkatan daripada lebih 95% responden yang berada pada skala terendah (Skala 1) semasa soal selidik pra kepada lebih 95% berada pada Skala 4 dan 5 selepas intervensi. Begitu juga dengan pengetahuan berkaitan pemakanan, seperti mengenal pasti makanan yang tinggi kalori dan memahami maksud aras dalam piramid makanan, di mana sebelum ini majoriti responden tidak mengetahui (Skala 1 dan 2), kini menunjukkan peningkatan 100% kepada tahap yang lebih tinggi (Skala 4 dan 5). Peningkatan serupa turut dilihat dalam pengetahuan mengenai konsep 5R serta cara mengaplikasikannya, pengetahuan tentang gejala kesihatan mental, dan kebolehan mengurus aktiviti harian dengan cara yang sihat. Dapatan ini menunjukkan bahawa intervensi bukan sahaja meningkatkan pengetahuan asas, malah berjaya mengukuhkan pemahaman secara praktikal dalam kehidupan seharian.
