TRASH BUSTER: 5R IN ACTION

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Sekolah Kebangsaan Puncak Alam, Fasa 3

Pelajar: Projek ini memberi impak besar kepada pelajar dengan meningkatkan kesedaran mereka tentang isu alam sekitar dan pengurusan sisa. Melalui aktiviti 5R, pelajar memupuk sikap bertanggungjawab dan diajar berfikir kreatif serta kritis dalam mengurangkan pembaziran dan mengitar semula, yang memberi manfaat kepada alam sekitar dan membentuk nilai positif dalam kehidupan mereka.

Universiti: Bagi universiti, projek ini memperkukuh komitmen terhadap kelestarian dan tanggungjawab sosial, meningkatkan reputasi sebagai institusi prihatin alam sekitar, serta memperluas kerjasama dengan sekolah dan organisasi lain untuk mencipta perubahan positif dalam komuniti.

Komuniti: Komuniti akan mendapat manfaat melalui peningkatan kesedaran dan amalan lestari, seperti pengurangan sisa. Pelajar menjadi agen perubahan, menyebarkan ilmu 5R dan memperkukuh budaya tanggungjawab sosial. Projek ini juga berpotensi menjadi pemangkin inisiatif mesra alam.