GO DIGITAL, GO BIZ

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KEMUNING 2

i. Memperkasa peniaga kecil di sekitar Bandar Puncak Alam dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam pemasaran digital, agar mereka dapat memanfaatkan teknologi semasa secara optimum bagi mengembangkan perniagaan dengan lebih berkesan dan berdaya saing.
ii. Meningkatkan kemahiran pengurusan media sosial dalam kalangan peniaga kecil, merangkumi pemilihan platform yang bersesuaian, penghasilan kandungan yang menarik, serta penjadualan kempen pemasaran secara strategik untuk memperkukuh keterlihatan dan penjenamaan perniagaan.
iii. Membina keyakinan dan daya tahan peniaga kecil untuk bersaing dalam persekitaran pasaran digital yang mencabar, sekali gus menggalakkan penerokaan terhadap potensi perniagaan dalam talian yang lebih luas dan berimpak tinggi.
iv. Mewujudkan jalinan kerjasama yang kukuh antara institusi pengajian tinggi, dan komuniti setempat, khususnya antara pelajar dan peniaga, melalui perkongsian kepakaran yang menyumbang kepada pembangunan komuniti yang lestari dan inklusif.
v. Menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi komuniti setempat melalui inisiatif pemindahan ilmu dan bimbingan, serta memberi ruang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam konteks sebenar menerusi pendekatan pembelajaran berasaskan servis kepada masyarakat (SULAM).