AL-SARF AL-ARABY (KOMUNIKASI)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Maahad Al-Abbasiyah, Sungkai

Program Sulam yang telah dilaksanakan pada 14 & 15 Disember 2024 (Sabtu&Ahad)
bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan peserta, memperkukuhkan hubungan antara
peserta dan pelaksana dan meningkatkan keupayaan ahli dalam menjalankan tugas dengan
lebih efisien. Program ini melibatkan 30 orang pelaksana dan 50 orang peserta. Objektif asal
program ini juga tercapai seperti Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran komunikasi
Bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah, Meningkatkan kefahaman tentang penggunaan
tasrif dalam ilmu Al-Sarf Al-Arabi serta Meningkatkan kemahiran pelajar dengan teknik
morfologi yang betul dan tepat dalam komunikasi. Seterusnya, program ini merangkumi
pelbagai aktiviti yang bermanfaat seperti sesi mengajar daripada AJK terlantik yang
berpengalaman dalam bidang pengajaran dan sesi soal jawab atau dikenali sebagai kotak
beracun. Secara keseluruhannya, program ini berjaya meningkatkan kefahaman peserta
terhadap objektif tersebut. Cadangan penambahbaikan program juga perlu dititikberatkan
agar kemajuan apa-apa program selepas ini akan semakin meningkat dan berjalan dengan
lebih lancar. Program Sulam ini merupakan inisiatif yang efektif dalam memperkukuh
Kemahiran secara keseluruhan. Dengan pelaksanaan program seumpama ini, persatuan
dapat memastikan kesinambungan budaya kerja yang positif dan produktif dalam kalangan ahli.