JELAJAH HALAL HARAM (JELAH)
Antara pencapaian / impak yang diperolehi adalah:
1. Peningkatan kesedaran syariah dalam kalangan pelajar sekolah
Program ini berjaya meningkatkan kefahaman peserta terhadap konsep halal dan haram dalam pelbagai aspek kehidupan seperti pemakanan, hiburan, permainan dan barangan harian. Pelajar menunjukkan minat yang tinggi melalui penyertaan aktif dalam setiap slot dan aktiviti.
2. Pengukuhan kemahiran insaniah mahasiswa
Melalui pelaksanaan program, mahasiswa yang terlibat telah berjaya mengasah kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerjasama dan pengurusan acara. Ini secara tidak langsung memperkukuh keyakinan diri dan keupayaan mereka dalam melaksanakan projek berorientasikan masyarakat.
3. Pembelajaran interaktif dan berkesan melalui aktiviti praktikal
Aktiviti seperti LDK dan explorace berjaya menarik perhatian peserta dengan pendekatan yang menyeronokkan dan berkesan. Penyampaian mesej halal haram secara praktikal menjadikan ilmu lebih mudah difahami, diingati dan diamalkan oleh peserta dalam kehidupan seharian.
