SULAM - COMMUNITY ENGAGEMENT WITH OLDER PEOPLE (CEOP 6.0) - EMPOWERING OLDER PEOPLE TO COMBAT SARCOPENIA
1. Peningkatan Kemahiran Praktikal dan Klinikal
Melalui pelaksanaan saringan kesihatan, penilaian sarcopenia, kapasiti intrinsik, dan risiko jatuh, pelajar berpeluang mengaplikasikan kemahiran klinikal yang dipelajari dalam kursus PHT554 secara langsung terhadap warga emas sebenar. Mereka mengendalikan alat penilaian, merekod data, dan menyesuaikan intervensi senaman mengikut keperluan individu. Ini mengukuhkan kemahiran praktikal serta meningkatkan kecekapan pelajar dalam membuat keputusan klinikal.
2. Pemupukan Kemahiran Penyelidikan Berasaskan Komuniti
Melalui analisis keperluan komuniti yang dijalankan sebelum program, pelajar mengumpul data awal menggunakan soal selidik dan borang saringan untuk mengenal pasti tahap risiko sarcopenia dan keperluan warga emas. Proses ini memupuk kefahaman tentang pentingnya data berasaskan komuniti dalam merancang intervensi yang relevan dan berimpak, serta menyemai minat dalam penyelidikan berorientasikan amalan.
3. Penguasaan Komunikasi Profesional dan Literasi Kesihatan
Pelajar telah meningkatkan keupayaan mereka dalam menyampaikan maklumat kesihatan kepada kumpulan sasaran yang pelbagai latar belakang pendidikan dan budaya. Aktiviti seperti ceramah, bengkel senaman dan sesi bimbingan individu membolehkan pelajar melatih kemahiran komunikasi berkesan secara lisan dan bukan lisan, dengan pendekatan mesra warga emas. Kemahiran ini penting dalam peranan mereka sebagai penyampai maklumat kesihatan pada masa hadapan.
4. Pembangunan Kerja Berpasukan dan Kepimpinan
Program ini dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar melalui struktur organisasi yang merangkumi biro program, teknikal, makanan, media, pendaftaran, dan kebajikan. Mereka merancang logistik, menyelaras jadual, menguruskan hubungan dengan komuniti, dan memantau keberkesanan aktiviti. Ini membentuk kemahiran organisasi, kepimpinan, pengurusan masa dan kerja berpasukan secara holistik.
5. Refleksi Kendiri dan Pembentukan Sahsiah Profesional
Sepanjang program, pelajar digalakkan untuk melakukan refleksi terhadap pengalaman mereka dalam jurnal pembelajaran dan sesi perbincangan selepas aktiviti. Ini membolehkan mereka menilai kekuatan dan kelemahan sendiri, serta memperbaiki pendekatan mereka dalam menyampaikan intervensi kesihatan. Hasilnya, pelajar membina sikap profesional, empati, dan keprihatinan terhadap komuniti, selari dengan nilai-nilai SULAM dan falsafah pendidikan nasional.
