USAHAWAN BIJAK MEDIA
i. Meningkatkan keupayaan peniaga untuk mengurus media sosial dan menghasilkan penulisan iklan yang berkesan, dengan memanfaatkan ciri-ciri platfo media sosial bagi memperluaskan jangkauan pemasaran dan meningkatkan jualan.
ii. Meningkatkan tahap kesedaran peniaga mengenai potensi media sosial dan kepentingan iklan berkualiti dalam membina hubungan dengan pelanggan, sekaligus memacu pertumbuhan perniagaan.
iii. Membantu peniaga menguasai strategi kandungan digital yang praktikal dan mudah diaplikasikan, bagi memastikan mesej pemasaran mereka dapat menarik perhatian dan minat pelanggan secara lebih efektif.
iv. Memperkukuh pemahaman peniaga tentang konsep dan teknik pemasaran digital yang diperkenalkan dalam silibus MKT571, seterusnya membolehkan mereka menerapkan pengetahuan ini dalam operasi perniagaan harian.
v. Mewujudkan sikap positif dan proaktif dalam kalangan peniaga terhadap penggunaan media sosial secara strategik, bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan kempen pemasaran yang lebih terarah dan berjaya.
