REKRAF LESTARI: MEMBANGUN EKONOMI IBU TUNGGAL DAN GOLONGAN B40 MELALUI KRAF KITAR SEMULA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MASJID AL JAWAHIR MUTIARA RINI

Pelaksanaan program ReKRAF Lestari telah memberikan impak yang signifikan kepada pelbagai pihak yang terlibat, merangkumi komuniti sasaran, pelajar, dan rakan kolaborasi. Impak ini boleh dilihat daripada aspek sosial, ekonomi, pendidikan dan kelestarian.

1.Impak kepada Komuniti
Peningkatan Kemahiran: Peserta komuniti memperoleh kemahiran baharu dalam penghasilan produk kraf dari bahan kitar semula serta teknik pemasaran digital.

Peluang Menjana Pendapatan: Produk yang dihasilkan berpotensi untuk dijual sebagai sumber pendapatan sampingan, terutamanya bagi ibu tunggal.

Kesedaran Kelestarian: Program ini berjaya meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pengurusan sisa plastik dan pemeliharaan alam sekitar.

2. Impak kepada Pelajar
Pengalaman Pembelajaran Nyata: Pelajar berjaya mengaplikasikan pengetahuan pengurusan projek dalam situasi sebenar, merangkumi perancangan, pelaksanaan dan penilaian program.

Peningkatan Kemahiran Insaniah: Pelajar meningkatkan kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan dan kreativiti.

Kesedaran Sosial: Penglibatan secara langsung dengan komuniti mendedahkan pelajar kepada realiti kehidupan masyarakat dan kepentingan khidmat sosial.

3. Impak kepada Institusi dan Rakan Kolaborasi
Memperkukuh Jaringan Strategik: Program ini mengukuhkan hubungan antara universiti dengan agensi kerajaan, industri, dan komuniti.

Sokongan kepada SDG: Pelaksanaan program menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 1 – Tiada Kemiskinan, SDG 4 – Pendidikan Berkualiti, SDG 8 – Pekerjaan dan Pertumbuhan Ekonomi).