PROGRAM JALINAN KASIH: KAMPUNG SELANG LAUT, TELAGA AIR
Pendedahan kepada para pelajar akan kepentingan kursus pentadbiran pembangunan yang memfokuskan kepada salah satu daripada subtopik yang penting di dalam silibus iaitu Planned Social Change yang memfokuskan kepada kepentingkan peranan ketua komuniti di dalam menyantuni penduduk setempat. Melalui program ini, para pelajar telah diberikan tugasan oleh ketua kampung, antaranya gotong-royong di dewan masyarakat dan surau . Program ini juga bertujuan untuk menyerahkan sumbangan food basket kepada 15 keluarga yang dikategorikan sebagai keluarga asnaf.
