LEBIH BAIK CEGAH! PENCEGAHAN DADAH BERMULA DI RUMAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SEKOLAH AGAMA TAFRIJIYYAH TAMAN UNIVERSITI, JOHOR BAHRU



Program Service-Learning Pendidikan Pencegahan Dadah telah dilaksanakan di Sekolah Agama Tafrijiyyah Taman Universiti, Johor Bahru bermula pada 21 Mei hingga 27 Mei 2023. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan seperti aktiviti Explorace yang dikendalikan oleh pelajar Kursus Pendidikan Pencegahan Dadah (UKQF 2392), Taklimat Pengurusan Stress, Ceramah Antidadah dari kelab PEMADAM UTM dan Pameran Anti Dadah oleh AADK. Selain itu, dari 21 hingga 27 Mei 2023, kuiz antidadah dan pertandingan mewarnakan poster telah dijalankan. Penyediaan sudut antidadah dan sudut lestari sebagai sumbangan dari Pelajar Kursus Pendidikan Pencegahan Dadah (UKQF 2392) kepada pihak sekolah.