MENYELAMI SEJARAH DARI HATI: CERITA EMAS DARI RUMAH ORANG TUA
Manfaat kepada Komuniti: Projek yang berfokus kepada wawancara ini bertujuan merekod sejarah warga emas yang menjadi penghuni di rumah orang tua, yang sering dipinggirkan oleh masyarakat. Melalui wawancara dan penulisan esei, kami cuba menyampaikan bahawa cerita warga emas ini bukan sahaja menarik, tetapi penuh dengan pengajaran yang boleh dikongsikan dengan orang ramai. Projek ini juga membawa kesan projek ini telah menggembirakan mereka, sekaligus mengaktifkan minda mereka yang berkongsi tentang cerita masa silam mereka.
Manfaat kepada Pelajar: Melalui peluang ini, para ahli jawatankuasa dapat mempelajari cara yang betul dan beretika untuk mengendalikan temu bual bagi mengumpul sumber lisan, memproses sumber lisan kepada transkrip, serta menjadikan transkrip tersebut sebagai sumber untuk penulisan esei. Selain itu, cerita warga emas yang telah kami kumpulkan mempunyai pengajaran ataupun nilai moral yang patut diserap oleh generasi muda kini. Kami dapat melakukan refleksi berdasarkan apa yang kami belajar, dan memilih elemen yang dapat memanfaatkan kami, serta menjauhi diri daripada elemen yang merosot.
