STEMATHICS CAMP 2025
Program SULAM ini memberi impak positif kepada pelajar UTHM dan Kolej Vokasional Kluang (KV) melalui peningkatan kemahiran teknikal, penguasaan perisian Autodesk Revit, dan pemahaman mendalam tentang integrasi senibina dengan sistem MEP berdasarkan keperluan sebenar. Pelajar UTHM memperoleh pengalaman bekerja dengan klien sebenar, meningkatkan kemahiran komunikasi, kolaborasi, dan keupayaan menyesuaikan reka bentuk mengikut maklum balas, manakala pelajar KV mendapat pendedahan kepada aplikasi teknologi industri, melihat bagaimana pelan 2D mereka diterjemah ke dalam model 3D, serta mempelajari asas reka bentuk perkhidmatan bangunan. Program ini juga memperkukuh hubungan antara institusi pengajian tinggi dan vokasional serta menyemai nilai tanggungjawab sosial melalui pembelajaran berasaskan komuniti.
