BE MY BUDDY
Sebelum Projek dijalankan: Pelajar luar bandar masih terbelenggu dengan stigma jurang perbezaan dengan pelajar bandar, yang menyebabkan kurang keyakinan diri. Pelajar juga kurang keyakinan diri, pengurusan masa yang tidak efisyen yang memberi kesan kepada prestasi akademik.
Selepas Projek Be My Buddy dijalankan: Impak kepada pelajar sekolah dan guru adalah lebih yakin dengan diri, bermotivasi dan dapat mengurus masa lebih baik, seterusnya prestasi akademik dapat diperbaiki.
Impak kepada mahasiswa: Dapat mengaplikasikan teori motivasi dan pengetahuan tingkah laku bersama komuniti setempat dan meningkatkan komunikasi, kerja berpasukan dan membuat keputusan sejajar hasrat melahirkan pelajar yang holistik.
