PROGRAM PEMINDAHAN ILMU MENGENALI ASAS PUISI MELAYU

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG MALIM

Impak Sebelum Projek

1. Murid sekolah rendah kurang terdedah kepada puisi Melayu tradisional dan moden.
2. Pengetahuan mereka tentang bentuk, isi, dan estetika puisi Melayu masih minimum.
3. Murid lebih cenderung kepada bahan bacaan moden seperti novel ringan dan media sosial berbanding puisi Melayu.
4. Puisi Melayu kurang mendapat tempat dalam aktiviti kokurikulum sekolah.
5. Tiada program khusus yang memberi penekanan kepada pembelajaran puisi secara kreatif dan menyeronokkan.
6. Murid tidak diberi pendedahan kepada pendekatan yang lebih menarik dalam memahami puisi.

Impak Selepas Projek

1. Murid dapat mengenali dan memahami bentuk serta keindahan puisi Melayu tradisional dan moden.
2. Minat mereka terhadap puisi semakin meningkat melalui aktiviti interaktif yang disediakan.
3. Murid lebih menghargai puisi sebagai sebahagian daripada warisan budaya yang perlu dilestarikan.
4. Mereka lebih cakna tentang kepentingan mengekalkan seni puisi dalam kehidupan seharian.
5. Aktiviti seperti deklamasi puisi, penciptaan puisi, dan pertandingan memperkayakan pengalaman murid.
6. Murid dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan dan lebih mudah memahami puisi.