PAMERAN RUMAH LESTARI BERSAMA KOMUNITI: MENEROKA DUNIA KEJURUTERAAN BERSAMA UTHM
Kepada Pelajar / Peserta Dapat meningkatkan pembelajaran pelajar melalui integrasi teori dengan amalan dunia sebenar. Dapat memenuhi keperluan komuniti melalui kesukarelawan menggunakan “kepakaran” pelajar Ia juga dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan institusi dan penduduk setempat. Kepada Kelab / Universiti / Komuniti Mengeratkan kerjasama antara universiti, komuniti setempat dan industri. Memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan institusi dan penduduk setempat dan memberikan impak yang baik kepada universiti atau komuniti tersebut. Ia juga dapat mewujudkan peluang untuk agensi, korporat dan NGO untuk menyumbang kepada komuniti melalui kesukarelawan. Kepada Kelestarian Promosikan aktiviti menggunakan E-Poster, E- Banner, E- Brochure dengan minima cetakan. Aktiviti berkaitan keselamatan dan kesihatan (bagi meningkatkan keprihatinan tentang keselamatan dan kesihatan). Melalui aktiviti yang dijalankan ini, peserta akan dapat tahu mendalam mengenai produk dari bahan buangan.
