PLASTIC-FREE MARKET: KEMPEN PENGURANGAN SISA PLASTIK DI PASAR MALAM TANJONG MALIM

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari & Tadika Kurnia Minda

Program SULAM ini telah berjaya melatih pelajar dalam pelbagai kemahiran penting, terutamanya komunikasi efektif dan kepimpinan praktikal. Melalui interaksi langsung dengan peniaga dan pengunjung pasar, pelajar belajar menyampaikan mesej kesedaran alam sekitar dengan cara yang persuasif dan mudah difahami. Mereka juga berpeluang memimpin aktiviti seperti pengurusan Eco Swap Station dan program Loyalty Card, yang mengasah kemampuan penyelesaian masalah dan kerja berpasukan. Pengalaman berkolaborasi dengan komuniti setempat turut membina keyakinan diri serta kesedaran tentang tanggungjawab sosial sebagai agen perubahan