K.I.T.A (KERJASAMA, INTEGRITI, TANGGUNGJAWAB, AMANAH): PERKONGSIAN ILMU UNTUK MEMBANGUN BUDAYA ETIKA PERNIAGAAN BERDASARKAN NILAI DAN B.I.J.A.K (BERANI, INTEGRITI, JUJUR, AMANAH, KERJASAMA): DARI PEMAHAMAN NILAI KEPADA TINDAKAN NYATA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUTIARA RINI, JOHOR BAHRU

Program ini telah memberikan impak positif yang ketara terhadap pemahaman dan penerapan prinsip etika dalam kalangan pelajar, khususnya dalam aspek etika perniagaan, kesedaran pengguna, dan tanggungjawab sivik. Kajian soal selidik sebelum dan selepas program menunjukkan peningkatan yang jelas, dengan persetujuan kuat terhadap kenyataan utama meningkat daripada sekitar 20–50% kepada lebih 80–90%, terutama dalam aspek kejujuran, integriti, dan membuat keputusan secara beretika. Para peserta menjadi lebih peka terhadap hak dan tanggungjawab sebagai pengguna, menunjukkan komitmen yang lebih tinggi untuk bertindak secara etika, serta membina kemahiran berfikir kritis dan penaakulan moral. Program ini juga telah menggalakkan kerjasama antara universiti dan sekolah, memperkukuh kepimpinan fasilitator, dan mendapat sambutan positif daripada pelajar serta pihak komuniti.