PROJEK SUSTAINABILITY, EDUCATION, ACTION FOR FUTURE (SEAFU)

UNIVERSITI MALAYA Pelajar inbound dari China di Fakulti Bahasa dan Linguistik

Program SEAFU telah mencapai kejayaan melalui kerjasama erat antara komuniti, agensi seperti AADK, GPI dan syarikat seperti PETRONAS, serta penglibatan aktif peserta dalam aktiviti lapangan seperti gotong-royong dan penanaman pokok. Pendekatan bersepadu ini berjaya meningkatkan kesedaran dan tindakan terhadap pemuliharaan alam sekitar.

Dari segi perbandingan dengan objektif:

i) Kelestarian dan keadilan masa depan tercapai melalui program yang menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dan memupuk semangat inklusif.

ii) Tiga Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu SDG 4 (pendidikan berkualiti), SDG 13 (tindakan iklim), dan SDG 15 (kehidupan di darat) telah diintegrasi dengan berkesan dalam semua aktiviti.

iii) Pendedahan kepada mahasiswa membuahkan hasil apabila mereka dapat membuat keputusan bijak dan bertanggungjawab berkaitan isu alam sekitar berdasarkan pengalaman praktikal dan pengetahuan yang diperoleh.

Secara keseluruhan, program ini mencapai objektifnya secara menyeluruh dan berimpak tinggi.