PROGRAM PERKONGSIAN ILMU BERKAITAN KEROSAKAN DAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN RESORT DI KAWASAN PANTAI BERSAMA SERI BAYU RESORT BAGAN LALANG, SEPANG
i) Bagi komuniti (staf Seri Bayu Resort)
Komuniti menerima input teknikal yang berguna berkaitan kerosakan bangunan dan cadangan strategi penyelenggaraan daripada pelajar berdasarkan dapatan kajian. Laporan yang dibentangkan dapat dijadikan rujukan bagi perancangan pengurusan fasiliti resort.
Hasil analisa kajian impak, majoriti peserta memberikan maklum balas yang sangat positif terhadap program yang dijalankan. Sebanyak 91.67% peserta melaporkan peningkatan minat dan pengetahuan dalam topik yang disampaikan, serta berasa lebih bersemangat untuk menggunakan, berkongsi, mengajar dan menyebarkan pengetahuan serta kemahiran yang diperoleh. Program ini juga berjaya mengubah pandangan peserta khususnya dalam aspek penilaian kecacatan dan penyelenggaraan bangunan, serta mendorong penyebaran ilmu secara berterusan.
ii) Bagi pelajar
Projek ini dapat meningkatkan pemahaman praktikal mereka terhadap aplikasi ilmu forensik bangunan dalam situasi sebenar, serta memperkukuh kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, pemikiran kritis dan kepekaan terhadap isu penyelenggaraan dalam sektor hospitaliti. Mereka juga berpeluang menyampaikan dapatan mereka secara profesional kepada pihak industri, sekaligus membina keyakinan diri dan kemahiran advokasi teknikal. Menerusi pendekatan menerusi perkhidmatan pembelajaran berasaskan komuniti, pelajar didedahkan dengan masalah sebenar komuniti setempat secara terus, dan berpeluang menyumbangkan khidmat kepakaran dalam menyelesaikan masalah
