PROGRAM SENIHATI: NARATIF WARNA & HARAPAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Rumah Amal, Kulim, Kedah

Penguasaan pembelajaran dalam Konteks Dunia Sebenar
Pelajar dapat menghasilkan bahan pembelajaran seperti kit batik dan panduan tenunan macramé yang sesuai untuk peringkat komuniti kanak-kanak. Mereka juga berjaya menjelaskan dan mengaplikasikan struktur ilmu berkaitan pedagogi seni dan inovasi teknologi dengan menghasilkan kit, demonstrasi digital (contohnya kod QR, video ringkas), serta bahan bercetak yang kreatif dan mesra pengguna.

Pengukuhan Kemahiran Inovatif & Kreatif
Aktiviti seperti penghasilan lukisan 20x20cm bertemakan naratif visual membuka ruang pelajar untuk menggabungkan ekspresi emosi dan cerita kehidupan melalui pendekatan visual, sekaligus membina bahan seni yang bersifat terapi dan ekspresif. Pelajar dilatih berfikir secara reka cipta dan kontekstual dalam menyesuaikan bahan dengan latar belakang peserta komuniti yang pelbagai.

Peningkatan Hubungan Sosial dan Empati
Melalui penglibatan langsung bersama komuniti Rumah Amal, pelajar didedahkan kepada konteks pendidikan inklusif, nilai empati, dan kepelbagaian keperluan pembelajaran – sekaligus menyokong pembangunan kemahiran insaniah pelajar. Pelajar juga membina keupayaan dalam perancangan dan pelaksanaan program seni komuniti, yang bermanfaat untuk pembangunan profesionalisme mereka sebagai guru seni visual.