“ADIWIRA 5 WARNA NUTRISI”

UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN Kanak-kanak kurang upaya di PDK

Pendekatan yang digunakan dalam projek ini mengambil kira keupayaan kognitif dan sensori kanak-kanak OKU. Aktiviti yang fleksibel dan pelbagai memberi ruang kepada mereka untuk belajar mengikut kemampuan masing-masing, tanpa tekanan atau rasa tertinggal. Suasana pembelajaran yang santai dan inklusif ini turut menyumbang kepada perkembangan sosial, keyakinan diri dan keselesaan dalam aktiviti berkumpulan.