PENYELESAIAN MASALAH DAN KESELAMATAN ELEKTRIK DI RUMAH
Program ini telah meningkatkan pengetahuan peserta mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta kesedaran terhadap bahaya di sekolah dan tempat kerja. Mereka kini mampu menilai dan mengurus risiko menggunakan kaedah HIRARC dengan lebih yakin. Peserta juga didedahkan kepada peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang kejuruteraan dan KKP. Bagi pelajar UTHM, program ini memberi peluang mengaplikasikan teori dalam situasi sebenar, sekali gus meningkatkan kemahiran komunikasi, kerja berpasukan dan membuat keputusan. Penglibatan ini turut membentuk pelajar yang berdaya saing serta membantu komuniti sekolah memahami kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan lebih menyeluruh.
