PROGRAM DIDIK MASYARAKAT: SANTUNAN KASIH
Program ini memberi impak besar kepada 50 peserta program
yang terdiri daripada anak-anak yatim dan miskin melalui
peningkatan ilmu, kemahiran sosial, dan keyakinan diri. Peserta
mendapat pendedahan tentang penjagaan diri yang betul,
termasuk aspek seperti penjagaan kuku, penjagaan misai dan
janggut, kebersihan rambut, dan pengurusan kebersihan haid
serta memahami kepentingan penjagaan kebersihan diri dalam
kehidupan harian. Aktiviti berkumpulan seperti sukaneka
memupuk nilai kerjasama, tanggungjawab sosial, dan kemahiran
berkomunikasi. Selain itu, penyertaan aktif dalam program ini
juga meningkatkan keyakinan diri mereka untuk berinteraksi dan
berkomunikasi secara efektif
