PENGENALAN TENAGA SOLAR FOTOVOLTA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Projek SULAM 2025: *International ErgoQUIZ\@School* memberi impak besar kepada pelajar tahun akhir Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal UTHM, khususnya dalam kursus BDA41103 – Faktor Kejuruteraan Manusia. Pelajar dapat mengaplikasi teori seperti postur, antropometri, dan fisiologi kerja dalam konteks sebenar, memenuhi CLO2 – *Problem Analysis*. Mereka juga mengasah kemahiran komunikasi (CLO3) melalui penyediaan kuiz, penyampaian mesej kepada komuniti dan kerjasama dengan institusi dari Indonesia dan Brunei. Selain itu, projek ini memupuk kemahiran insaniah seperti kepimpinan, kerja berpasukan dan pengurusan program yang melibatkan lebih 2,400 peserta. Interaksi dengan komuniti meningkatkan kesedaran sosial dan nilai kemanusiaan, sejajar dengan semangat Service Learning. Pelajar juga diberi peluang berinteraksi secara global dan mengenali budaya kerja antarabangsa. Keseluruhannya, projek ini menyokong pencapaian hasil pembelajaran kursus serta membentuk pelajar UTHM yang holistik, berdaya saing dan berjiwa masyarakat.