“PERMATA NEXTGEN+: MOVE AND GROW”
Projek ini meningkatkan kesedaran dan kefahaman melalui pelbagai intervensi seperti penyediaan bento makanan sihat, aktiviti senamrobik dan ceramah kesihatan kepada ibu bapa, dimana berjaya menyampaikan mesej pemakanan dan gaya hidup sihat secara holistik. Aktiviti bento memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali buah-buahan dan sayur-sayuran secara langsung dalam bentuk menarik dan mesra kanak-kanak. Aktiviti senamrobik pula menggalakkan pergerakan fizikal yang menyeronokkan dan aktif sejak usia awal. Ceramah kesihatan bersama ibu bapa pula bertujuan meningkatkan kesedaran serta peranan mereka dalam menyokong tumbesaran anak-anak melalui pemakanan seimbang.
