PROGRAM SANTUN MASYARAKAT: PEMBELAJARAN BERASASKAN GAMIFIKASI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS National Child Development Research Centre (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris

Sebelum Projek:
Pelajar belajar membuat persediaan dari segi perancangan pembangunan produk yang menepati keperluan Program Santun Masyarakat, membuat anggaran kos, membuat pembentangan idea sehingga pembangunan produk.

Selepas Projek:
Pelajar memperoleh pengalaman baharu untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan bersama kanak-kanak di samping menyampaikan ilmu melalui aktiviti yang dijalankan.

Impak Keseluruhan:
Pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dalam pembangunan produk kepada masyarakat. Mereka juga berjaya memupuk semangat kerja sepasukan sesama diri untuk menyempurnakan tugasan yang diberikan. Dalam proses menjalani projek SULAM, pelajar mengamalkan tahap profesionalisme, nilai, sikap dan tigkahlaku yang baik bersama dengan generasi muda.
Sasaran masyarakat iaitu kanak-kanak di NCDRC pula mempelajari pengetahuan baharu di samping menikmati proses pembelajaran yang menyoronokkan kerana aktiviti yang dijalankan adalah berdasarkan gamifikasi.