PROJEK 1: PROJEK KHIDMAT KOMUNITI IR PRIHATIN: “THERE IS ‘US’ IN SUSTAINABILITY” PROJEK 2: “CREATING HEALTH HABITS: SUSTAINABLE LIFESTYLE CHANGES FOR LONG TERM WELL-BEING”
Projek-projek di Kampung Telok Serabang dan SMK Lingga bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti tentang isu kesihatan dan alam sekitar. Di Kampung Telok Serabang, sesi ceramah tentang diabetes dan aktiviti Eco Brick Challenge serta Beach Cleaning Challenge diadakan untuk menangani penyakit diabetes dan pencemaran plastik. Di SMK Lingga, pelajar diberi pendedahan mengenai kesihatan mental, gangguan seksual, dan penggunaan rokok elektronik melalui ceramah dan aktiviti yang mengasah kemahiran asas seperti pengurusan masa dan kepimpinan.
