AKTIVITI/PROGRAM

Senarai Hebahan Aktiviti/Program

MAJLIS PELANCARAN SINERGI SULAM


Service Learning Malaysia - University for Society (SULAM) merupakan sebuah inisiatif utama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menghubungkan peranan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan komuniti khususnya dalam usaha menyelesaikan isu masyarakat ke arah peningkatan sosio-ekonomi setempat. Bagi menarik lebih ramai rakan strategik yang terdiri daripada agensi kerajaan dan pemain industri dalam membantu masyarakat secara kolektif, KPT akan menubuhkan sebuah jaringan SULAM yang dipanggil SULAM Network atau singkatannya SULAM-Net. KPT amat menggalakkan jaringan kolaborasi ini dapat direalilasikan secara menyeluruh bagi menyokong slogan Malaysia Prihatin.

Objektif pelaksanaan Majlis Pelancaran dan Eksplorasi SULAM-Net adalah seperti berikut; i. Memperkenalkan SULAM kepada industri dan agensi kerajaan; ii. Mewujudkan kolaborasi SULAM-net sebagai pusat rujukan utama kerjasama antara IPT – Industri – Agensi Kerajaan – Komuniti; dan iii. Mengenal pasti projek komuniti yang berpotensi untuk pelaksanaan SULAM bersama industri dan agensi.

Tarikh:
22 Disember 2020

Tempat:
Dewan Za'ba, Kementerian Pengajian Tinggi




Senarai Hebahan Aktiviti/Program